CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, September 6, 2008

Talbiyah Nafs

o *"Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :·Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. ·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. .Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. ·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. ·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. ·Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. ·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. ·Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. ·Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. ·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. ·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."*(^_^)

*Ya ALLAH,setiap kali kujatuh tersungkur,Engkau pasti beri perlindungan serta rahmat-mu,Setiap kali kumemerlukan teman,Engkau pasti memberi pertolongan,Tetapi aku seorang yg mudah alpa serta leka,Dikala kujatuh,baruku ingat pada-MU,Bila kubertemu-MU,rinduku pasti membuak,Ya Rahman cubaku ubah sikapku,dalam perubahan pasti ada dugaan,Ya ALLAH,Engkau berilah aku kekuatan untukku harungi segala rintangan,Moga ku x lalai,leka dan alpa lagi,Moga terus ku abdikn diri pada-MU Ya Rabbi Izzati,Moga mudah kupelihara hati ini dari segala fitnah duniawi serta ukhrawi,Agarku boleh bangun & bangunku sebagai pejuang ansorullah d jalan-Mu,Idaman setiap mujahidin islam yg bakal kusahut satu hari nanti,Akan kupengang janji ku nini..Ikhlas kerana MU,ya ALLAH..*~_^

3 comments:

Anonymous said...

semoga Maqbul segala hajat dan cita-cita..

semuga..

.. terkulailah iblis jika berdepan dengan mu..

.. tersungkurlah nafsu jika mengkhayalkanmu..

.. dilahirkan lagi insan - insan seperti baik akhlaq mu..

--------

sepasang mata:

berkasih sepanjang hayat..
memendam rindu sepanjang hayat..
bersama menangis..
bersama gembira..
bersama dalam gelap dan cahaya..

terus 'redha' terhadap Pencipta nya..
terus berbakti mengikut MauNYA..

--------
.. alangkah Bijaksana Pencipta nya..

farhana bintun jamal addeen said...
This comment has been removed by the author.
farhana bintun jamal addeen said...

To melayu kampung: assalamualaikum..syukran!! (^_^)