Bismillah hirahman nirahim..Assalamualaikum...sungguh asalnya manusia itu dari "nasaya" yang bermaksud lupa dan lalai..setelah beberapa post yang dibuat barulah ana tersedar yang diri ini belum membuat taaruf..Allahuakhbar,sesungguhnya sunat memperkenalkan diri sebelum berbicara..mudah-mudahan ana tidak tergolong dikalangan "nisyan"..nauzubillah..:). Hermm..sekurang-kurangnya ana bersyukur kerana permulaan post ana adalah sesi ilmu yang diharap mampu memberi sedikit maklumat yang dapat dikongsi bersama..=) Tanggal 26/3/1988 ana ditakdirkan lahir kedunia, dan seterusnya bertambahlah amanah buat ayah dan ibu tercinta...betapa ana beryukur kerana ditakdirkan menjadi anggota keluarga ini..Subhanallah,cukup sempurna.Ana diiqamatkan,seterusnya diberi nama Nurrul Farhana..nama yang cukup indah dan mempunyai maksud yang amat menyenangkan.."cahaya kegembiraan"..(*_^).Mempunyai seorang ayah yang amat membanggakan,Jamaludin bin Yusof dan seorang ibu yang amat tabah, Kalsom bt Mohd Tasha.Ana di didik dan dibesarkan bersama seorang akhun dan ukhtun,Nurrul Shida dan Nasrul Fizal.Tiada apa yang menarik untuk dikongsi bersama kalian,cumanya ana sedikit terpanggil untuk menceritakan serba sedikit berkaitan arwah ibu tercinta...Takdir Ilahi tiada siapa yang mampu menolaknya..sungguh,percaturannya Maha hebat..kita merancang,Dia juga merancang..teapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..Tahun 2002: Tahun yang ana kira amat berat untuk diterima,ibu disahkan mengidap penyakit "ovari cancer".Betapa beratnya beita yang ana terima,berat lagi ibu yang menanggung..Tetapi ketabahan yang dipamerkan amat luar biasa,tiada keluh kesah mahupun ratapan yang ditunjukkan.Sedikit sebanyak keadaan itu memberikan ana kekuatan dan membuatkan ana lebih banyak berfikir akan erti sebuah dugaan.Sejak dari itu,ibu terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjalani kemoterapi.Rawatan kemoterapi yang disarankan buat ibu adalah sebanyak 6 kali, setiap kali ibu membuat kemoterapi keadaan ibu amat menyedihkan.Kesannya amat parah,rambut ibu habis luruh,kudratnya unuk bergerak seolah-olah hilang dalam sekelip mata,badannya juga seolah-olah terbakar..panas membahang.Sungguhpun berada dalam kepayahan,tidak pernah ana melihat ibu meninggalkan solat..setiap kali tiba waktu solat ibu akan memanggil minta diwudhu'kan.Anugerah Allah yang amat luar biasa."assolah i'manuddin" ..Ibu juga tidak pernah menjadikan sakit yang ditanggungnya sebagai suatu alasan untuk dia berhenti dari mendidik anak bangsa,tugas dan amanahnya terus dilaksanakan setiap seminggu selepas dia menjalani kemoterapi,kerana keadaannya selepas itu akan sedikit pulih.Kemoterapi yang dijalaninya adalah sekali dalam setiap 3 minggu,dan keadaan itu berulang sebanyak 6 kali.Setelah hampir 6 bulan berlalu,ibu disahkan bebas dari kanser.Syukur yang tidak terhingga ana panjatkan kehadrat Ilahi.Walaubagaimanapun,ibu harus menjalani rawatan susulan setiap 3 bulan sekali.Kehidupan kami sekeluarga diteruskan seperti sediakala.Kasih sayang yang terjalin juga kian erat,kami lebih menghargai antara satu dengan yang lain.Mungkin inilah hikmah disebalik setiap dugaanNya..Sabda Rasululla s.a.w:"Hai Ummul'Ala,bergembiralah,kerana dengan sakit yang dideritai oleh seorang muslim, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api melenyapkan kotoran emas dan perak"Tahun 2005: Sekali lagi kami sekeluarga diduga,nenda tercinta disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru.Tetapi penyakitnya itu lambat dikesan dan berada di tahap akhir,doktor yang merawat juga tidak menyarankan untuk dijalankan kemoterapi keatasnya.Keadaan pada waktu itu benar-benar menguji ana dan keluarga,kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung dan menjaga nenda disana.Ana dan ayah terpaksa berulang dari rembau ke seremban kerana tuntutan yang harus dipenuhi..ayah bekerja disana dan ana juga bersekolah di seremban.Alhamdulillah,tanggungjawab ibu terhadap bondanya dapat dilaksanakan dengan baik.Tetapi sungguh,Allah itu seringkali menguji tahap keimanan hamba-hambanya.Pada tahun itu juga, penyakit kanser yang dihidapi ibu datang kembali..dan yang lebih mengharukan kanser yang dihidapinya itu sudah sampai ke tahap akhir dan rupa-rupanya sepanjang tempoh 3 tahun itu,kansernya telah merebak sehingga ke seluruh organ-organ dalamannya.Diwaktu nenek terbaring lesu,ibu pula terpaksa menjalani kemoterapi yang amat menyakitkan.Kasihan melihat keadaan ayah pada waktu itu,ana nekad mengambil sedikit tanggungjawabnya..dalam waktu ana berhadapan dengan medan perperangan peperiksaan spm,ana juga menjaga ibu di hospital..akhi dan ukhti pada waktu itu berada jauh di medan kuliah masing-masing.Tetapi ana tahu, jauh di sudut hati mereka,sedih dan bimbang dengan keadaan ibu disini.Kerap kali mereka menelefon bertanya khabar.Alhamdulillah dalam keadaan genting begitu,adik beradik ibu dan sepupu-sepupu ana datang menghulurkan bantuan.Terima kasih di atas pertolongan yang tidak henti-henti yang kalian berikan.Yakinlah bahawa ganjaran yang dijanjikan Allah iu adalah sesuatu yang pasti.Tahun 2006: Di saat ibu sedang berjuang melawan penyakitnya,akhirnya nenda pergi meninggalkan kami semua,pergi mengadap yang Maha Esa.Masih ana ingat betapa nenda gembira saat menerima khabar berita gembira mengenai keputusan spm ana..syukur alhamdulillah..sempat nenda khabarkan betapa dia sedikit bimbang andai ana mula melanjutkan pelajaran nanti,bimbang tiada orang yang menjaganya kelak..kerana anak-anaknya yang lain akan pulang setiap jumaat untuk menyambung tugas ana dan ibu.Pada waktu itu, ana hanya mampu tersenyum.Tetapi Allah lebih menyayanginya..nenda pergi disaat kami benar-benar memerlukan sokongannya..mudah-mudahan nenda tenang dan aman disana.al-Fatihah.Tahun 2007: Tahun ini merupakan tahun yang benar-benar menyakitkan,keadaan ibu bertambah parah.Doktor juga menganggarkan bahawa ibu hanya mampu bertahan selama 6 bulan.Allahuakhbar,rasanya bagaikan dihempap batu besar saat menerima khabar itu..luluhnya hati saat itu..tetapi kekuatan yang diberikan Allah maha hebat..sungguh janjiNya itu sesuatu yang pasti,Dia tidak pernah dan tidak akan pernah menganiayai hamba-hambaNya..ana dan keluarga tetap menjalankan usaha untuk memulihkan ibu..Ana bersyukur sepanjang tempoh ibu sakit tidak pernah ana melihat ayah melepaskan tanggungjawabnya,ayah tetap disamping ibu saat sukar dan senang..mana sahaja tempat yang didengarnya mampu memulihkan sakit kanser pasti akan dibanya ibu kesana..tidak putus-putus ayah memberi semangat dan dorongan..tersentuh hati ini saat melihat ayah menukarkan lampin ibu,saat mnyuapkan makanan ke mulut ibu..tiada keluh kesah yang kedengaran,cuma kadangkala terlihat juga ayah mengalirkan air mata..betapa ana bangga punya ayah seperti ini, hinggakan pernah terdetik di hati ana bahawa zaujun seperti inilah yang akan ana cari...=) sukanya adalah suka kami semua, tetapi dukanya adalah milik dia seorang...moga kebahagian sentiasa miliknya..Allah s.w.t berfirman: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ianya amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui"..Tahun 2007:Beberapa hari sebelum tibanya Hari Raya,ibu dimasukkan ke hospital,keadaanya benar-benar parah..ibu tidak boleh bernafas sendiri,makan dan minum juga ibu sudah tidak mampu..ana yang pada waktu itu berada di kolej bergegas pulang..malam itu, ibu meminta ana menemaninya di hospital..sayunya hati saat itu,ibu seolah-olah dapat mejangka ajalnya sudah semakin hampir..malam itu dia kerap memandang ana,pandangannya seolah-olah ingin menceritakan seribu satu macam kisah yang tidak mampu diungkapkan..sesekali dia mengangkat tangannya minta diusap..dan kerap kali juga dia terjaga dari lenanya..keadaan yang sama berlarutan hingga subuh menjelma.Seusai ana melaksanakan kewajipan, ana pun pulang kerumah, dan tugas ana diambil alih oleh akhi..lebih kurang jam 4 petang,ayah pulang kerumah dan mengatakan keadaan ibu sudah tenat,sungguh ajaib..tiada setitis pun air mata yang gugur saat menerima berita itu..ketenangan yang luar biasa,ana sendiri hairan dengan keadaan ini..tetapi ana dan ayah bergegas ke hospital..sampainya disana ana lihat ibu sudah berada dalam keadaan separuh sedar..mesin nadi juga sudah disambungkan..kadangkala mesin iu bergerak perlahan dan adakalanya sedikit lancar..kelihatan ibu tenang di pembaringan..tidak sukar pernafasannya..semua saudara mara dan teman rapat ibu juga sudah mula berkumpul..kami membacakan yasin buat ibu,dengan harapan ianya mampu memberi keringanan buat ibu...saat malam makin menjelang,jururawat yang bertugas memanggil ana dan meminta agar kalimah syahadah lebih kerap dibisikkan ke telinga ibu..kerana mata ibu sudah semakin kembang makanan yang dimasukkan melalui tiub juga sudah tidak mampu dihadamkan..disaat,keadaan sudah beransur tenang,disaat makhluk-makhluk Allah yang lain sedang khusyuk melakukan tahajud mungkin(kerana hari itu adalah malam 10 terakhir ramadhan)...ibu akhirnya berpindah jua ke alam lain,suatu alam persinggahan sebelum tibanya kiamat..perjalanan ibu ke satu destinasi yang kekal abadi akhirnya bermula,dan setiap makhluk jua pasti merasainya.."kullu nafsin za iqatil mautt"..Betapa agungnya kekuasaan Allah,ibu pergi dalam lenanya,tidak terlihat sedikit pun kesukaran disaat pemergiannya,perginya ibu meninggalkan kami saat orang lain bergembira menunggu tibanya Syawal..3 pagi,Khamis(28 Ramadhan)..al-Fatihah buat umi tercinta..moga ibu,nenda dan seluruh muslimin dan muslimat yang lain ditempatkan bersama-sama para kekasih Allah..ameen..Rasulullah bersabda,yang bermaksud:Jagalah mayat keika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara:apabila dahinya berpeluhair matanya berlinanghidungnya keluar cecair seperti hingus........kerana perkara tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat........Moga ana,keluarga serta seluruh muslimin dan muslimat sentiasa berada dibawah lindungan Allah..dan moga kita semua sentiasa istiqamah dengan kebaikan yang dilakukan..insyaAllah..(^_^)..salam ukhwah..'sirru 'kullu 'aam wa antum bikhairin'...
Saturday, September 6, 2008
Hamba Allah yang sering berada dalam keadaan lalai dan lupa..
Posted by farhana bintun jamal addeen at 8:19 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment