CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 1, 2008

Rahsia Setiap Langkah Didalam Solat~

1. NIAT SOLAT
- Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat
2. BERDIRI BETUL
- Fadhilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur
3. TAKBIR-RATULIHRAM
- Fadhilatnya sebagai pelita menerangi kita dalam kubur
4. FATIHAH
- Fadhilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur
5. RUKUK
- Sebagai tikar kita di dalam kubur
6. IKTIDAL
- Akan minuman air dari telaga al-Kauthar ketika di dalam kubur
7. SUJUD
- Memagar kita ketika menyeberangi titian Siratul Mustaqim
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AWAL)
- Akan menaung panji- panji nabi kita di dalam kubur
9. DUDUK ANTARA DUA SUJUD (AKHIR)
- Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar
10. TAHIYAT AKHIR
- Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur
11. SELAWAT NABI
- Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur
12. SALAM
- Memelihara kita di dalam kubur
13. TERTIB
- Pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T

Amalan-amalan Murah Rezeki..=)

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r..a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa.. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Thursday, November 20, 2008

Tanggungjawab Antum Berat..Laksanakan Ianya Sebaik Mungkin

Beza tarikan wanita didunia & diakhirat...Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas… kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki…. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu
juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dr menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
………… ……… ……… … ……… .
Lihatlah…. .betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka..mg mndapat manfaat bersama..(^_^)

Sunday, November 2, 2008

Segala Persoalan Ada Jawapannya Dalam al-Quran..=)

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
> >
> > "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darj! atnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200


"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min,diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." – Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

Thursday, September 18, 2008

Teman Wanita Di Syurga..=)

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu
menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir

Amalan Mulia..=)

Perihal 7 Ayat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan.

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, kerana sudah biasa.

Friday, September 12, 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..=)


Pixel Code Graphics

Saturday, September 6, 2008

Kejam Atau Keperluan..??




Kucingg Yang xPoSeEE..!!~eRKSS...

Buah Hati Ana..=)





Cikiiieee Comeeyhh.....heheheheh

Jenguk-jenguk Seketika..=)

Doa Seorang Hamba Allah

Sesungguhnya hatiku rasa sayu dan terharu bila mana Allah mensyariatkan umat Muhammad merasai dahaga dan kelaparan yang didalamnya punyai pelbagai hikmat dan nikmat yang boleh diterokai oleh manusia.

Seharusya sifat orang mukmin berasa insaf,bahawa betapa orang berpuasa merasai kehidupan orang miskin yang selalunya hidup dalam kelaparan..rasa tubuh yang letih dan sebagainya..

Tercuit aku menghayati Firman Allah dalam surah Al-Mudathir bahawa datang ahli syurga bertanyakan kepada ahli neraka saqar,mengapa kamu semu dicampakkan ke dalam neraka? maka jawab ahli neraka,betapa kami ketika di dunia tidak menunaikan solat,kami juga tidak menghiraukan mengenai kehidupan orang miskin,kami juga suka melakukan perbuatan yang sia-sia 'lagha'dan akhirnya kami tidak mempercayai kepada kehidupan selepas kematian..

Ya Allah masukkanlah orang-orang muslim ke dalam syurga dan jauhilah orang muslim daripada api neraka.Bukakanlah pintu hati kepada mereka yang masih belum menemui kebenaran terhadapmu ya Allah...

Talbiyah Nafs

o *"Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :·Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau. ·Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku. .Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga. ·Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka. ·Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail. Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :·Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya. ·Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya. ·Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya. ·Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya. ·Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya. ·Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya. ·Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."*(^_^)

*Ya ALLAH,setiap kali kujatuh tersungkur,Engkau pasti beri perlindungan serta rahmat-mu,Setiap kali kumemerlukan teman,Engkau pasti memberi pertolongan,Tetapi aku seorang yg mudah alpa serta leka,Dikala kujatuh,baruku ingat pada-MU,Bila kubertemu-MU,rinduku pasti membuak,Ya Rahman cubaku ubah sikapku,dalam perubahan pasti ada dugaan,Ya ALLAH,Engkau berilah aku kekuatan untukku harungi segala rintangan,Moga ku x lalai,leka dan alpa lagi,Moga terus ku abdikn diri pada-MU Ya Rabbi Izzati,Moga mudah kupelihara hati ini dari segala fitnah duniawi serta ukhrawi,Agarku boleh bangun & bangunku sebagai pejuang ansorullah d jalan-Mu,Idaman setiap mujahidin islam yg bakal kusahut satu hari nanti,Akan kupengang janji ku nini..Ikhlas kerana MU,ya ALLAH..*~_^

UBAT HATI

"Dan janganlah engkau usir orang-orang yang beribadah dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedangkan mereka menghendaki keredaan-Nya semata-mata." (Surah al-An'am: 52) Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan."

RACUN HATI

Lidah Daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:"Tidak akan lurus keimanan seseorang hamba sehingga lurus hatinya dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lidahnya"Sejarah Fitnah:-Keluarga Rasulullah s.a.w telah difitnah Abdullah bin Abi memfitnah Sayidatina Aishah r.ha. dengan mengatakan wanita ini berlaku curang dengan Safwan bin al-Mu'tal al-Salami. Keluarga Rasulullah menjadi huru-hara sehingga Allah menurunkan wahyu menafikan uduhan itu.-Fitnah yang dilakukan oleh iblis terhadap Nabi Adam a.s dan Hawa di syurga untuk makan buah khuldi sehingga keduanya disingkirkan dari syurga-Nabi Yusuf a.s pernah difitnah oleh ibu angkatnya sendiri sehingga beliau dipenjarakan.Berlebihan dalam pergaulan4 jenis manusia didalam pergaulan:-"Makanan yang berkhasiat", mereka adalah para ulama yang membawa keuntungan yang besar apabila bergaul baik dengan mereka.-"Ubat", mereka diperlukan untuk melancarkan urusan seharian dan mata pencarian.Seperti ahli perniagaan.-"Penyakit", mereka adalah orang yang tidak membawa keuntungan.-"Racun", mereka ini adalah para ahli bidaah,penghalang sunnah,penyeru kesesatan serta da'i-da'i kemaksiatan.

LAUTAN SUFI

Hidup ini penuh penderitaan: disakiti,dikhianati,difitnah,dimusuhi dan pelbagai musibah yang mendatangi,kehilangan harta benda,orang kesayangan,pangkat dan hancurnya impian..Imam Al-Ghazali mengalami jiwa konflik jiwa yang hebat di antara bisikan hatinya dengan kehidupannya.Walaupun beliau seorang ulama' yang tersohor,namun hatinya gelisah kerana dirasakan dirinya munafik dengan ilmunya.Akhirnya beliau turun ke lautan sufi,beruzlah dengan berzikir dan bertafakur di bawah bimbingan gurunya yang mursyid.Di situ beliau menemui jawapan yang memberi kesembuhan kepadanya.Tiada ubat lain untuk menyembuhkan penderitaan musibah,melainkan dengan menenggelamkan diri dengan Allah melalui berzikir dan bertafakur,mujahadah dan mendengar tazkirah yang sufi.Dengannya insyaallah,akan terbuka cahaya makrifat pada hati.Ia akan membawa diri tenggelam dalam lautan tauhid yang suci dan hening.Kedukaan akan bertukar kepada kesyukuran,derita bertukar kepada bahagia.Carilah penawar dalam rahsia-Nya dan para kekasih-Nya.Jangan berpaling daripada wajah Allah kerana disitulah penawar dalam mengharungi bahtera dunia penderitaan.Firman Allah swt:"dan orang-orang yang beruasaha bersungguh-sungguh bermujahadah(jalan untuk makrifat) kepada Kami,nescaya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami(makrifat itu)(Al-Ankabut)

Tugasan Yang Menuntut Untuk Dilaksanakan..=) Buat En.Yuseni (CSC 1012)

Assalamualaikum...SOLAN SATU...1. Jika sebelum ini kita asyik mendengar 'friendster' sering meniti di bibir remaja..tetapi hari ini seolah-olah telah berlaku satu ledakan baru dalam dunia blog..Istilah blog tidak popular pun sebelum ini, tetapi secara tiba-tiba blog dilihat turut memainkan peranan penting dalam kehidupan mahupun arus media negara..tetapi apa yang membimbangkan adalah pencerobohan yang dilakukan ke atas hak mutlak individu..pemodenan pada hari ini seolah-olah telah disalah gunakan..manusia seolah-olah tidak bersyukur dengan anugerah kemudahan yang Allah kurniakan ini..Hari ini sering kita dengar ada individu yang berjaya ditipu hanya melalui penjualan namanya,alamat rumah mahupun tempat kerja,nombor telefon dan lain-lain maklumat peribadi ke syarikat ataupun individu lain..jika kita lihat dengan mata kasar maklumat-maklumat ini seolah-olah tidak memberikan erti yang besar dalam kehidupan seseorang,tetapi hakikatnya ianya mampu merubah keseluruhan kehidupan individu yang teraniaya tersebut..Contohnya,seperti yang pernah berlaku suatu ketika dahulu dimana seorang wanita yang telah diceroboh maklumat peribadinya oleh orang lain..dia telah mengalami kesukaran untuk mendapat pekerjaan dan berhadapan dengan masalah yang besar apabila dia ingin membuat sijil kelahiran anaknya..hal ini kerana seluruh maklumat peribadinya telah diceroboh ataupun dijual dan diguna pakai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa pengetahuannya..apa yang lebih membimbangkan adalah, apabila individu tersebut dituduh melakukan kesalahan yang dia sendiri tidak pernah lakukan..Selain itu masalah pencerobohan maklumat peribadi ini juga mungkin akan menyebabkan individu yang terbabit berhadapan dengan kesukaran untuk membuat pinjaman perumahan mahupun pembelian kereta,hanya kerana namanya mungkin telah disenarai hitamkan.Individu yang teraniaya juga mungkin akan di aibkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut, seperti pengedaran gambar-gambar yang tidak sepatutnya dan lain-lain lagi.Oleh yang demikian masalah ini tidak seharusnya timbul dan setiap pihak haruslah mempunyai rasa tanggungajawab untuk melindungi identiti dan hak individu lain..Selain itu, kita sebagai pengguna juga harus bijak menilai dan memilih cara yang lebih selamat dalam berhadapan dengan arus pemodenan tanpa sempadan ini..SOLAN KEDUA...2. Benarlah kata sahabat Rasulullah s.a.w, dimana beliau meminta agar kita mendidik generasi akan datang sesuai dengan zaman mereka..dan jika kita lihat hari ini,hasil daripada didikan yang berkesan lahirlah pelbagai ciptaan-ciptaan baru yang amat mengagumkan seterusnya mendatangkan pelbagai kemudahan kepada orang ramai..Salah satu contoh paling mudah yang dapat kita lihat adalah melalui pekerjaan pemasaran..kaedah pemasaran berjalan dengan lancar dan mudah dengan adanya internet,komputer dan pelbagai pemodenan lain..jika kita lihat secara kasarnya,pada zaman dahulu mereka yang bekerja di bahagian pemasaran terpaksa ke sana sini semata-mata untuk memasarkan produk keluaran syarikat mereka..Secara tidak langsung kaedah ini sebenarnya mendatangkan banyak kerugian,seperti masa,tenaga dan wang ringgit..Syukur ke hadrat Ilahi kerana hasil dari ilmu yang dianugerahkan, pelbagai ciptaan moden dapat dihasilkan..Jika sesuatu syarikat itu hendak menghasilkan sesuatu produk baru mereka bukan sahaja boleh memasarkannya di internet bahkan mereka terlebih dahulu boleh 'mereka contoh' produk mereka di komputer sebelum benar-benar dihasilkan..dan apa yang lebih membanggakan, terdapat juga syarikat-syarikat yang membuat penjualan melalui internet. Dimana setiap individu yang berminat untuk membeli produk yang dipaparkan, mereka boleh membuat tempahan tanpa perlu mengunjungi kedai tersebut..cukup dengan hanya menekan satu butang,dan barang yang dikehendaki akan terus dihantar kerumah atau ke pejabat masing-masing..Salah satu contoh yang dapat kita lihat pada hari ini yang menjalankan kaedah seperti yang dinyatakan adalah laman web 'e dagang'..Salah satu contoh perniagaan yang boleh dijalankan melalui internet adalah penjualan buku-buku terpakai ataupun yang masih baru..Sepertimana yang kita sedia maklum masyarakat dunia hari ini berlumba-lumba dalam mencari ilmu.Tetapi kerana masa yang terhad menyebabkan pergerakan mereka terbatas untuk ke kedai-kedai buku bagi mencari buku yang mereka minati, jadi pada pendapat saya penjualan buku melalui internet ini adalah satu langkah yang bijak. Kerana selain memberi kemudahan kepada masyarakat, ianya juga mampu mendatangkan keuntungan yang banyak.Kita juga sedar bahawa masyarakat dunia hari lebih mengimpikan sesuatu yang mudah dan mampu untuk diperolehi dengan cepat. Jadi dengan hanya melihat senarai buku dan sedikit sinopsis yang dipamerkan, mereka sudah mampu untuk memiliki buku tersebut dengan hanya sekali klik pada 'mouse' mereka, dan seterusnya buku yang diingini akan dihantar ke alamat yang dikirimkan. Walaubagaimanapun,setiap kelebihan pasti ada kekurangan..hakikat namanya manusia, keuntungan yang sedikit tidak dipedulikan.Sebaliknya keuntungan yang besar tanpa susah payah juga yang dicari..Oleh yang demikian setiap pengguna harus bijak menilai, dan sentiasa beringat bahawa dengan hanya satu 'klik' boleh membawa seribu satu macam kemungkinan..apa yang kita harapkan,setiap individu itu dapat memanfaatkan kemudahan yang ada pada hari ini dengan sebaik mungkin..=) Sekian.

Yang Bergelar Muslimat Rebutlah Peluang Ini

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Ila Asdiqo'i..=)









Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...=) Assalamualaikum w.b.t...buat sahabat-sahabat ana yang disayangi...bagai ada sesuatu yang memaksa ana untuk mengerakkan jari jemari ini agar terus mencoretkan berkenaan diri kalian..=P alhamdulillah, tanggal 18/6/2007 kita dipertemukan dan hanya dengan lafaz 'assalamualaikum' kita terus menjadi sahabat..disitulah tergambar indahnya Islam..kalimah keramat yang bisa mengubah segala-galanya... Syairah dan Hani..nama yang cukup indah, seindah si pemilik...Takdir Allah itu tidak pernah silap..=) Nti berdua terlalu istimewa di mata ana..seorang yang bisa mengubah suasana, dalam pelbagai keadaan..nti berdua seolah suatu anugerah dari Allah agar ana lebih berfikir dan menghargai harga sebuah persahabatan...Sungguh, ana melihat terlalu banyak perubahan yang berlaku pada diri nti berdua sejak pertemuan kita yang pertama..menjadi lebih dewasa dan matang..alhamdulillah, lebih banyak ke arah yang positif..mudahan-mudahan ana juga terdidik sama..;)
Suriyati...ana lebih senang dengan nama panggilan nti..manje..=) Benar, panggilan itu suatu doa..ana melihat nti sebagai seorang sahabat yang perlu didekati dan diselami hatinya..terlalu unik..terlalu istimewa..bersama nti membuatkan ana berasa sedikit dewasa..terasa ada tanggungjawab yang perlu dipikul..terasa bagai nti ini adalah suatu amanah..=) kadangkala nti adalah pencetus idea untuk ana berbicara..sikap nti yang sering meminta nasihat mendidik ana untuk lebih bermuhasabah diri seadanya.. mudah-mudahan ana terdidik dengan setiap tindakan nti..=)Subhanallah..Subhanallah..Subhanallah..tak terungkap rasa syukur ana padaNya yang esa..ana terlau bersyukur kerana dipertemukan dengan kalian..terima kasih kerana menjadi sahabat, teman dan kawan buat ana..kalian adalah sama di hati ana..tiada bezanya..=) moga persahabatan yang terbina dengan kalimah lailahhaillallah akan berkahir dengan alhamdulillah..ukhwah yang dibentuk kerana Allah tidak akan pernah ada penghujungnya..moga kita terus istiqamah dengan kebaikan..barakatillahualaik..;)

Hamba Allah yang sering berada dalam keadaan lalai dan lupa..

Bismillah hirahman nirahim..Assalamualaikum...sungguh asalnya manusia itu dari "nasaya" yang bermaksud lupa dan lalai..setelah beberapa post yang dibuat barulah ana tersedar yang diri ini belum membuat taaruf..Allahuakhbar,sesungguhnya sunat memperkenalkan diri sebelum berbicara..mudah-mudahan ana tidak tergolong dikalangan "nisyan"..nauzubillah..:). Hermm..sekurang-kurangnya ana bersyukur kerana permulaan post ana adalah sesi ilmu yang diharap mampu memberi sedikit maklumat yang dapat dikongsi bersama..=) Tanggal 26/3/1988 ana ditakdirkan lahir kedunia, dan seterusnya bertambahlah amanah buat ayah dan ibu tercinta...betapa ana beryukur kerana ditakdirkan menjadi anggota keluarga ini..Subhanallah,cukup sempurna.Ana diiqamatkan,seterusnya diberi nama Nurrul Farhana..nama yang cukup indah dan mempunyai maksud yang amat menyenangkan.."cahaya kegembiraan"..(*_^).Mempunyai seorang ayah yang amat membanggakan,Jamaludin bin Yusof dan seorang ibu yang amat tabah, Kalsom bt Mohd Tasha.Ana di didik dan dibesarkan bersama seorang akhun dan ukhtun,Nurrul Shida dan Nasrul Fizal.Tiada apa yang menarik untuk dikongsi bersama kalian,cumanya ana sedikit terpanggil untuk menceritakan serba sedikit berkaitan arwah ibu tercinta...Takdir Ilahi tiada siapa yang mampu menolaknya..sungguh,percaturannya Maha hebat..kita merancang,Dia juga merancang..teapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya..Tahun 2002: Tahun yang ana kira amat berat untuk diterima,ibu disahkan mengidap penyakit "ovari cancer".Betapa beratnya beita yang ana terima,berat lagi ibu yang menanggung..Tetapi ketabahan yang dipamerkan amat luar biasa,tiada keluh kesah mahupun ratapan yang ditunjukkan.Sedikit sebanyak keadaan itu memberikan ana kekuatan dan membuatkan ana lebih banyak berfikir akan erti sebuah dugaan.Sejak dari itu,ibu terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjalani kemoterapi.Rawatan kemoterapi yang disarankan buat ibu adalah sebanyak 6 kali, setiap kali ibu membuat kemoterapi keadaan ibu amat menyedihkan.Kesannya amat parah,rambut ibu habis luruh,kudratnya unuk bergerak seolah-olah hilang dalam sekelip mata,badannya juga seolah-olah terbakar..panas membahang.Sungguhpun berada dalam kepayahan,tidak pernah ana melihat ibu meninggalkan solat..setiap kali tiba waktu solat ibu akan memanggil minta diwudhu'kan.Anugerah Allah yang amat luar biasa."assolah i'manuddin" ..Ibu juga tidak pernah menjadikan sakit yang ditanggungnya sebagai suatu alasan untuk dia berhenti dari mendidik anak bangsa,tugas dan amanahnya terus dilaksanakan setiap seminggu selepas dia menjalani kemoterapi,kerana keadaannya selepas itu akan sedikit pulih.Kemoterapi yang dijalaninya adalah sekali dalam setiap 3 minggu,dan keadaan itu berulang sebanyak 6 kali.Setelah hampir 6 bulan berlalu,ibu disahkan bebas dari kanser.Syukur yang tidak terhingga ana panjatkan kehadrat Ilahi.Walaubagaimanapun,ibu harus menjalani rawatan susulan setiap 3 bulan sekali.Kehidupan kami sekeluarga diteruskan seperti sediakala.Kasih sayang yang terjalin juga kian erat,kami lebih menghargai antara satu dengan yang lain.Mungkin inilah hikmah disebalik setiap dugaanNya..Sabda Rasululla s.a.w:"Hai Ummul'Ala,bergembiralah,kerana dengan sakit yang dideritai oleh seorang muslim, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya sebagaimana api melenyapkan kotoran emas dan perak"Tahun 2005: Sekali lagi kami sekeluarga diduga,nenda tercinta disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru.Tetapi penyakitnya itu lambat dikesan dan berada di tahap akhir,doktor yang merawat juga tidak menyarankan untuk dijalankan kemoterapi keatasnya.Keadaan pada waktu itu benar-benar menguji ana dan keluarga,kami sekeluarga telah mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung dan menjaga nenda disana.Ana dan ayah terpaksa berulang dari rembau ke seremban kerana tuntutan yang harus dipenuhi..ayah bekerja disana dan ana juga bersekolah di seremban.Alhamdulillah,tanggungjawab ibu terhadap bondanya dapat dilaksanakan dengan baik.Tetapi sungguh,Allah itu seringkali menguji tahap keimanan hamba-hambanya.Pada tahun itu juga, penyakit kanser yang dihidapi ibu datang kembali..dan yang lebih mengharukan kanser yang dihidapinya itu sudah sampai ke tahap akhir dan rupa-rupanya sepanjang tempoh 3 tahun itu,kansernya telah merebak sehingga ke seluruh organ-organ dalamannya.Diwaktu nenek terbaring lesu,ibu pula terpaksa menjalani kemoterapi yang amat menyakitkan.Kasihan melihat keadaan ayah pada waktu itu,ana nekad mengambil sedikit tanggungjawabnya..dalam waktu ana berhadapan dengan medan perperangan peperiksaan spm,ana juga menjaga ibu di hospital..akhi dan ukhti pada waktu itu berada jauh di medan kuliah masing-masing.Tetapi ana tahu, jauh di sudut hati mereka,sedih dan bimbang dengan keadaan ibu disini.Kerap kali mereka menelefon bertanya khabar.Alhamdulillah dalam keadaan genting begitu,adik beradik ibu dan sepupu-sepupu ana datang menghulurkan bantuan.Terima kasih di atas pertolongan yang tidak henti-henti yang kalian berikan.Yakinlah bahawa ganjaran yang dijanjikan Allah iu adalah sesuatu yang pasti.Tahun 2006: Di saat ibu sedang berjuang melawan penyakitnya,akhirnya nenda pergi meninggalkan kami semua,pergi mengadap yang Maha Esa.Masih ana ingat betapa nenda gembira saat menerima khabar berita gembira mengenai keputusan spm ana..syukur alhamdulillah..sempat nenda khabarkan betapa dia sedikit bimbang andai ana mula melanjutkan pelajaran nanti,bimbang tiada orang yang menjaganya kelak..kerana anak-anaknya yang lain akan pulang setiap jumaat untuk menyambung tugas ana dan ibu.Pada waktu itu, ana hanya mampu tersenyum.Tetapi Allah lebih menyayanginya..nenda pergi disaat kami benar-benar memerlukan sokongannya..mudah-mudahan nenda tenang dan aman disana.al-Fatihah.Tahun 2007: Tahun ini merupakan tahun yang benar-benar menyakitkan,keadaan ibu bertambah parah.Doktor juga menganggarkan bahawa ibu hanya mampu bertahan selama 6 bulan.Allahuakhbar,rasanya bagaikan dihempap batu besar saat menerima khabar itu..luluhnya hati saat itu..tetapi kekuatan yang diberikan Allah maha hebat..sungguh janjiNya itu sesuatu yang pasti,Dia tidak pernah dan tidak akan pernah menganiayai hamba-hambaNya..ana dan keluarga tetap menjalankan usaha untuk memulihkan ibu..Ana bersyukur sepanjang tempoh ibu sakit tidak pernah ana melihat ayah melepaskan tanggungjawabnya,ayah tetap disamping ibu saat sukar dan senang..mana sahaja tempat yang didengarnya mampu memulihkan sakit kanser pasti akan dibanya ibu kesana..tidak putus-putus ayah memberi semangat dan dorongan..tersentuh hati ini saat melihat ayah menukarkan lampin ibu,saat mnyuapkan makanan ke mulut ibu..tiada keluh kesah yang kedengaran,cuma kadangkala terlihat juga ayah mengalirkan air mata..betapa ana bangga punya ayah seperti ini, hinggakan pernah terdetik di hati ana bahawa zaujun seperti inilah yang akan ana cari...=) sukanya adalah suka kami semua, tetapi dukanya adalah milik dia seorang...moga kebahagian sentiasa miliknya..Allah s.w.t berfirman: " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ianya amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui"..Tahun 2007:Beberapa hari sebelum tibanya Hari Raya,ibu dimasukkan ke hospital,keadaanya benar-benar parah..ibu tidak boleh bernafas sendiri,makan dan minum juga ibu sudah tidak mampu..ana yang pada waktu itu berada di kolej bergegas pulang..malam itu, ibu meminta ana menemaninya di hospital..sayunya hati saat itu,ibu seolah-olah dapat mejangka ajalnya sudah semakin hampir..malam itu dia kerap memandang ana,pandangannya seolah-olah ingin menceritakan seribu satu macam kisah yang tidak mampu diungkapkan..sesekali dia mengangkat tangannya minta diusap..dan kerap kali juga dia terjaga dari lenanya..keadaan yang sama berlarutan hingga subuh menjelma.Seusai ana melaksanakan kewajipan, ana pun pulang kerumah, dan tugas ana diambil alih oleh akhi..lebih kurang jam 4 petang,ayah pulang kerumah dan mengatakan keadaan ibu sudah tenat,sungguh ajaib..tiada setitis pun air mata yang gugur saat menerima berita itu..ketenangan yang luar biasa,ana sendiri hairan dengan keadaan ini..tetapi ana dan ayah bergegas ke hospital..sampainya disana ana lihat ibu sudah berada dalam keadaan separuh sedar..mesin nadi juga sudah disambungkan..kadangkala mesin iu bergerak perlahan dan adakalanya sedikit lancar..kelihatan ibu tenang di pembaringan..tidak sukar pernafasannya..semua saudara mara dan teman rapat ibu juga sudah mula berkumpul..kami membacakan yasin buat ibu,dengan harapan ianya mampu memberi keringanan buat ibu...saat malam makin menjelang,jururawat yang bertugas memanggil ana dan meminta agar kalimah syahadah lebih kerap dibisikkan ke telinga ibu..kerana mata ibu sudah semakin kembang makanan yang dimasukkan melalui tiub juga sudah tidak mampu dihadamkan..disaat,keadaan sudah beransur tenang,disaat makhluk-makhluk Allah yang lain sedang khusyuk melakukan tahajud mungkin(kerana hari itu adalah malam 10 terakhir ramadhan)...ibu akhirnya berpindah jua ke alam lain,suatu alam persinggahan sebelum tibanya kiamat..perjalanan ibu ke satu destinasi yang kekal abadi akhirnya bermula,dan setiap makhluk jua pasti merasainya.."kullu nafsin za iqatil mautt"..Betapa agungnya kekuasaan Allah,ibu pergi dalam lenanya,tidak terlihat sedikit pun kesukaran disaat pemergiannya,perginya ibu meninggalkan kami saat orang lain bergembira menunggu tibanya Syawal..3 pagi,Khamis(28 Ramadhan)..al-Fatihah buat umi tercinta..moga ibu,nenda dan seluruh muslimin dan muslimat yang lain ditempatkan bersama-sama para kekasih Allah..ameen..Rasulullah bersabda,yang bermaksud:Jagalah mayat keika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara:apabila dahinya berpeluhair matanya berlinanghidungnya keluar cecair seperti hingus........kerana perkara tersebut menandakan rahmat Allah s.w.t untuk si mayat........Moga ana,keluarga serta seluruh muslimin dan muslimat sentiasa berada dibawah lindungan Allah..dan moga kita semua sentiasa istiqamah dengan kebaikan yang dilakukan..insyaAllah..(^_^)..salam ukhwah..'sirru 'kullu 'aam wa antum bikhairin'...

WAHAI PUTERA DAN PUTERI ADAM...

Adakah kamu ingat akan murka-Ku ketika kamu langgar perintah-Ku dan selepas itu membuat kamu terhenti?Apakah telah kamu tunaikan amanah yang telah dibebankan ke atasmu?Apakah kamu telah berbuat baik terhadap orang yang telah berbuat kejahatanterhadapmu?Apakah kamu memberi maaf kepada orang-orang yang menganiayaimu?Apakah kamu ajak bicara orang yang telah meninggalkanmu?Apakah kamu telah mengeratkan silaturrahim pada yang memutuskan?Apakah kamu telah sedarkan orang yang telah mengkhianatimu?Apakah telah kamu tanya kepada ulama tentang urusan agama dan duniamu?sudahkah kita melaksanakannya??Firman Allah s.w.t yang bermaksud :"Aku tidak melihat pada rupa lahiriahmu TAPI AKU lihat pada ISI HATI dan NIAT-NIATMU"Sayidina Ali berpesan : "Hati seorang Mukmin itu bersih, terdapat padanya pelita yang bercahaya. Manakala, hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit..